Hanya 2 syarikat Malaysia disenarai AS

LocalBusiness & Finance
24 Nov 2026 • 1:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hanya 2 syarikat Malaysia disenarai AS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata hanya dua daripada tujuh entiti yang ditambah ke dalam Senarai Entiti Biro Industri dan Keselamatan (BIS), Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) merupakan entiti Malaysia, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd.

Kementerian itu berkata Speedmatrix Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Megaspeed International Pte Ltd, yang diperbadankan di Singapura.

“Berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), PT Megaspeed International bukan entiti di Malaysia dan bukan pengendali pusat data atau penyewa pusat data yang beroperasi di Malaysia.

“MIDA akan mengeluarkan notis kepada semua pengendali pusat data di Malaysia bagi memaklumkan mengenai penyenaraian itu serta menasihatkan mereka supaya tidak menjadi hos, menyewakan ruang atau menyediakan perkhidmatan kepada tujuh entiti yang disenaraikan itu,” menurut MITI dalam satu kenyataan berhubung peraturan terbaharu yang dikeluarkan oleh biro berkenaan bertarikh 23 Nov, 2026.

MITI berkata Malaysia kekal komited untuk memastikan persekitaran perdagangan yang selamat, telus dan berteraskan peraturan serta tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai saluran untuk mengelak kawalan eksport.

Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang, katanya.

The post Hanya 2 syarikat Malaysia disenarai AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved