Hanya 20 peratus rakyat Malaysia berhibur di Sungai Golok

LocalTravel
20 Nov 2024 • 9:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amin (tengah) bertanyakan khabar kepada pekerja motosikal penambang yang mengeluh tidak dapat mencari rezeki selepas ramai rakyat Malaysia tidak datang ke Pekan Golok, Thailand.

image is not available
Hanya 20 peratus rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan yang berkunjung ke Pekan Golok untuk berhibur.

SUNGAI GOLOK, THAILAND - Ahli Parlimen Golok, Amin Mat Yusoff mengesahkan hanya 20 peratus rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan yang berkunjung ke pekan ini untuk berhibur.

Beliau berkata, kebanyakan mereka ke Pekan Golok adalah untuk melancong dengan membeli-belah dan menikmati sajian makanan yang enak serta murah.

"Jadi tidak adil untuk menghukum mereka yang datang ke sini sekadar berhibur semata-mata. Sebaliknya ia bergantung kepada tujuan individu tersebut," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, orang ramai tidak perlu takut jika berkunjung ke sini kerana kawalan keselamatan berada pada tahap terbaik.

"Insya-ALLAH kawasan ini selamat, jangan takut datang ke Golok," katanya.

Menurut Amin, rakyat Malaysia diingatkan supaya masuk ke negara ini secara sah dan bukannya melalui pangkalan haram serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ujar beliau, penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan mereka berdepan hukuman berat dari pihak berkuasa Thailand.