Hanya 5 Hari Pegang Jawatan YDP Negeri Sembilan, Lantikan Tunku Nadzarudin Tidak Diiktiraf

LocalPolitics
10 Jun 2026 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengelola Bijaya Diraja, Azizi Mohamad Ali menegaskan bahawa pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 pada Jumaat lalu adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Menurutnya, gelaran yang didakwa cuba diambil oleh Tunku Nadzaruddin itu juga tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengiktirafan rasmi.

Advertisement

tuanku nadzrudin

“Dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Nadzaruddin dengan sendirinya telah melepaskan gelaran pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.”

“Sehubungan itu, tiada lagi penyandang gelaran pusaka Tunku Panglima Besar,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, pada 5 Jun lalu, Tunku Nadzaruddin dilaporkan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis yang diadakan di sebuah resort di Melaka.

Pemasyhuran tersebut diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Image from: Hanya 5 Hari Pegang Jawatan YDP Negeri Sembilan, Lantikan Tunku Nadzarudin Tidak DiiktirafImage from: Hanya 5 Hari Pegang Jawatan YDP Negeri Sembilan, Lantikan Tunku Nadzarudin Tidak Diiktiraf

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya menegaskan bahawa kerajaan persekutuan masih mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sebelum ini, pada 19 April lalu, Undang Yang Empat turut mengisytiharkan ‘pemecatan’ Tuanku Muhriz yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Oktober 2009 selepas kemangkatan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Perkeso claim2026-06-10 11:50:17

Ramai Persoal Potongan Skim Lindung & Isu Tuntutan Jadi Perdebatan, Ini Penjelasan PERKESO

The post Hanya 5 Hari Pegang Jawatan YDP Negeri Sembilan, Lantikan Tunku Nadzarudin Tidak Diiktiraf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.