Hanya 7000 Robot Humanoid Terjual Sepanjang 2025

Technology
22 Sep 2026 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adalah robot humanoid akan menggantikan tenaga kerja manusia dalam masa terdekat? Ini ialah ramalan pengeluar robot dengan harapan ia menjadi kenyataan. Tetapi menurut laporan International ​Federation of Robotics (IFR) yang baru diterbitkan, hanya sekitar 7000 robot humanoid terjual sepanjang 2025.

Robot yang dijual digunakan untuk kegunaan industri dan perkhidmatan profesional. Ini adalah angka yang kecil sedangkan sekitar 542,000 robot industri biasa dipasang pada 2024 dan sekitar 199,000 robot perkhidmatan dijual dalam tempoh yang sama.

Image from: Hanya 7000 Robot Humanoid Terjual Sepanjang 2025

Dalam laporan yang sama Setiausaha Agung IFR, Susanne Bieller, banyak robot humanoid yang dijual pada 2025 belum digunakan untuk kerja produktif. Sebaliknya, ia dibeli oleh institusi penyelidikan dan syarikat untuk mengumpul data bagi melatih model kecerdasan buaan (AI).

Industri automotif merupakan antara pelopor penggunaan robot humanoid, tetapi masih sekadar projek perintis dengan hanya beberapa hingga beberapa puluh unit robot di kilang. Walaupun penggunaan robot masih terhad, pekerja kilang kereta Hyundai sudah melakukan mogok sekiranya mereka digantikan tanpa perbincangan dengan kesatuan sekerja.

Elon Musk pula meramalkan robot Optimus bakal dikilangkan secara besar-besaran tahun ini kepada konsumer tetapi ramalan ini nampaknya bakal meleset. Walaupun robot humanoid sudah berjaya memecahkan pelbagai rekod larian manusia serta melakukan aksi lincah, realitinya penggunaannya di dunia sebenar masih lagi kecil.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved