Kerajaan Terlepas Peluang, $457 Bilion Aktiviti Kripto Tidak Dipantau

Business & Finance
27 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Kerajaan Terlepas Peluang, $457 Bilion Aktiviti Kripto Tidak Dipantau

Kerajaan di seluruh dunia mungkin hanya mampu menjejaki sebahagian kecil daripada aktiviti kripto yang berpotensi dikenakan cukai.

Menurut anggaran Chainalysis, pengguna kripto menjana sekurang-kurangnya AS$457 bilion aktiviti bercukai melalui blockchain awam sepanjang 2025.

Daripada jumlah itu, Amerika Syarikat mencatat bahagian terbesar sebanyak AS$112.6 bilion.

Namun, peraturan pelaporan kripto baharu yang bakal dilaksanakan hanya meliputi sekitar 14% daripada aktiviti tersebut.

AS Catat AS$112.6 Bilion Aktiviti Bercukai

Aktiviti yang dikira termasuk keuntungan dagangan, pendapatan mining, staking, lending serta pembayaran menggunakan kripto.

Di Amerika Syarikat, pembayaran kripto menjadi penyumbang terbesar dengan nilai AS$64.6 bilion, jauh mengatasi keuntungan dagangan sebanyak AS$30.1 bilion.

Dari segi wilayah, Amerika Utara mencatat AS$134.6 bilion, manakala Kesatuan Eropah merekodkan AS$125.1 bilion.

Bagi negara lebih kecil, nilainya juga besar.

Nigeria mencatat AS$4.4 bilion aktiviti bercukai, bersamaan 12.3% daripada jumlah kutipan kerajaan. Kenya pula merekodkan AS$1.1 bilion, manakala Portugal mencatat AS$2 bilion.

CARF Bakal Bermula Pada 2027

Bagi menangani masalah ini, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) memperkenalkan Crypto-Asset Reporting Framework (CARF) pada 2022.

Kerangka ini mewajibkan penyedia perkhidmatan kripto tertentu melaporkan maklumat transaksi pelanggan kepada pihak berkuasa cukai.

Pertukaran data rentas sempadan dijangka bermula pada 2027, dengan lebih banyak bidang kuasa dijangka menyertainya menjelang 2029.

Namun, CARF mempunyai satu kelemahan besar.

Menurut anggaran Chainalysis, hanya sekitar 14% aktiviti bercukai on-chain dapat dipadankan dengan transaksi yang berada dalam skop CARF.

86% Masih Berada Di Luar Sistem

Baki kira-kira 86% pula melibatkan aktiviti seperti transaksi melalui decentralized exchange (DEX), pindahan peer-to-peer dan penggunaan self-custody wallet.

Pendapatan daripada mining, staking dan lending juga berpotensi sukar dikesan sepenuhnya melalui sistem tersebut.

Masalah turut timbul apabila aset dipindahkan antara platform.

Sebagai contoh, seseorang mungkin membeli Bitcoin pada AS$20,000, memindahkannya ke wallet sendiri dan menjualnya pada AS$80,000 melalui platform lain.

Tanpa rekod pembelian asal, pihak berkuasa mungkin sukar menentukan kos sebenar aset dan jumlah keuntungan yang perlu dikenakan cukai.

Di Amerika Syarikat, beberapa kajian yang dirujuk ahli politik menganggarkan jurang cukai kripto mencecah sekurang-kurangnya AS$50 bilion setahun.

Pada masa sama, peraturan Form 1099-DA yang diperkenalkan susulan undang-undang infrastruktur 2021 dijangka mengutip sekitar AS$28 bilion dalam tempoh 10 tahun.

Persoalannya kini ialah sama ada kerajaan mampu mencari pendekatan baharu untuk menutup jurang tersebut.

CARF bakal memberikan pihak berkuasa cukai lebih banyak akses kepada data kripto mulai 2027. Namun, sebahagian besar aktiviti masih berpotensi berlaku di luar sistem pelaporan.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved