“Hanya ada bau bahan mentah rosak”- ‘Kapal Hantu’ Di Perairan Terengganu, Tiada Mayat Dan Bahan Kimia Ditemui

16 Aug 2025 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah ‘kapal hantu’ dengan kesan terbakar telah ditemui hanyut di perairan Terengganu berhampiran dengan sebuah pelantar minyak di negeri itu.

Memetik laporan Harian Metro, kapal itu dikesan hanyu melepasi kawasan pelantar minyak terbabit dan ia boleh menyebabkan risiko ia terlanggar pelantar minyak yang lain.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, kapal hantu merupakan istilah yang merujuk kepada kapal yang telah ditinggalkan atau telah terapung atau hanyut tanpa anak kapal atau kru.

Pihak Maritim Malaysia terus membuat tinjauan udara dan siasatan untuk mengesan lokasi kapal hantu tersebut.

Difahamkan, kapal hantu itu kemudiannya telah ditunda ke Pangkalan Bekalan Kemaman untuk diperiksa oleh pihak berkaitan.

Hasil siasatan mendapati bahawa tiada sebarang mayat atau bahan kimia berbahaya ditemui dalam kapal tersebut.

Seramai 17 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bomba dan Penyelamat dan tiga pegawai Jabatan Laut Malaysia telah masuk ke ‘kapal hantu’ yang mempunyai tiga tingkat tersebut.

image is not available

Mereka hanya mengesan satu bau namun difahamkan, bau tersebut adalah bau bahan mentah rosak yang dari peti sejuk kapal berkenaan.

Untuk tindakan lanjut, kapal berkenaan bakal diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia bagi mengesan pemiiknya.

Rondaan juga akan dilakukan oleh pihak Maritim agar kapal itu tidak diceroboh oleh mana-mana pihak terutamanya yang mempunyai niat yang tidak baik.

Pihak berkuasa percaya bahawa ‘kapal hantu’ yang berukuran 53.7 meter panjang dan 10 meter lebar tersebut berkait dengan insiden kapal tangki yang terbakar di laut berhampiran Tanjung Sedili Kecil, Johor pada awal Ogos lalu.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.