Hanya Angguk Faham, Peniaga Kosmetik Didakwa Edar Syabu Lebih 1kg

LocalPolitics
11 May 2025 • 3:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.02 kilogram, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

image is not available

Peniaga Kosmetik Didakwa Edar Syabu Lebih 1kg

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di sebuah kedai di Paya Keladi di sini pada jam 8.40 malam, 28 April lalu.

image is not available

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika tidak dihukum mati.

image is not available

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ely Nazihah Ahmad Yunus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved