Hanya Di iOS Anda Boleh Simpan Gambar Dalam Chrome Terus Ke Google Photos

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pernah atau tidak anda sedang melayari web dan ternampak gambar yang anda suka? Mungkin produk yang ingin dibeli, rekaan baju spesifik yang sudah lama diingini atau juga gambar misteri yang anda ingin kongsi dengan yang tersayang? Biasanya kita perlu muat turun dahulu gambar dan baru buka aplikasi tertentu untuk ia dikongsi. Kadangkala kerana metadata gambar itu tidak tepat, ia sukar ditemui kerana tersorok dalam storan peranti. Di iOS masalah ini diselesaikan oleh Google.

image is not available

Hanya di iOS, gambar-gambar yang anda nampak dalam mana-mana laman web yang anda layari menggunakan Google Chrome boleh terus disimpan ke dalam Google Photos. Hanya tekan dan tahan pada gambar yang diingini, kemudian pilih Simpan dalam Google Photos. Gambar akan disimpan dengan tarikh terkini, memudahkan pengguna untuk ia dicari dan kemudiannya dikongsi. Sayang sekali, ciri ini menggunakan API khas dalam iOS dan tidak ada pada peranti Android.