Hanya Di Sebalik Pagar Airport, Gelagat Dua Beradik Ini Beri Duit Raya Pada PMX Buat Netizen Terharu

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Siapa sangka, di sebalik kesibukan menguruskan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sempat meluangkan masa untuk satu momen yang cukup rare dan menyentuh hati!

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat spontan dua beradik, Adik Uwais Al Qorni dan kakaknya, Aesha Khadeeja, yang sanggup menunggu PMX di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu semata-mata nak bagi duit raya!

Kejadian yang berlaku sebelum PMX berlepas pulang ke Kuala Lumpur itu benar-benar mencuri tumpuan ramai. Walaupun hanya dipisahkan dengan pagar besi, keikhlasan dua beradik ini menghulurkan sampul raya buat pemimpin negara itu dianggap sebagai satu tanda kasih yang sangat luar biasa.

Melalui hantaran di laman sosial beliau, PMX akui rasa tersentuh hati dengan tindakan suci anak-anak kecil tersebut.

Dalam video tersebut, PMX dilihat sempat berseloroh dan ketawa kecil apabila menerima pemberian tersebut. Beliau mendedahkan bahawa beliau menerima duit raya berjumlah RM7 daripada adik Uwais!

Malah, beliau sempat mengusik dengan mengatakan sudah lama beliau tidak menerima duit raya, yang membuatkan suasana di situ menjadi riuh dengan tawa orang sekeliling.

Simbol Kebersamaan Rakyat

Bagi PMX, momen itu bukan sekadar pemberian wang ringgit, tetapi satu simbol kebersamaan antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira usia, terutamanya ketika negara sedang mendepani pelbagai krisis.

Beliau juga sempat menitipkan doa agar Uwais dan Aesha membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak, dan membawa kebaikan kepada keluarga serta negara.

“Amanah kita adalah memastikan setiap anak Malaysia dibesarkan dengan kasih sayang, didikan baik dan peluang yang adil,” tulisnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut merasa sayu dan memuji sikap rendah diri PMX yang sudi menyantuni anak-anak kecil itu walaupun dalam keadaan tergesa-gesa untuk berlepas.

image is not available

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved