Hanya Guna 4 Bahan Mudah, Ini Resipi Popia Cheese Rangup Dan ‘Confirm’ Ketagih

9 Apr 2023 • 1:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Popia Cheese Krup Krap!

Hanya Guna 4 Bahan Mudah, Ini Resipi Popia Cheese Rangup Dan ‘Confirm’ Ketagih. Dah masuk bulan ramadan ni, siapa yang dah start berfikir pasal hidangan untuk hari raya nanti? Hari ni, kami nak kongsikan resipi popia cheese yang rangup dan ketagih dengan hanya menggunakan 4 bahan mudah untuk korang cuba buat sebagai hidangan hari raya nanti.

Resipi ni memang sangat senang dan mudah untuk dibuat. Untuk bahan-bahannya, korang hanya perlukan popia kulit yang dah siap beli, serbuk cheese, serbuk cili dan gula. Yup, hanya 4 bahan sahaja! Memang menjimatkan dan sesuai untuk hari raya ni kan?

image is not available
Hanya Guna 4 Bahan Mudah, Ini Resipi Popia Cheese Rangup Dan ‘Confirm’ Ketagih. Kredit: Facebook

BAHAN-BAHAN:

1 pek popia

Serbuk cheese

Serbuk cili

Gula

Cara-caranya:

1. Gunting kulit popia dan dicarik-carikkan.

image is not available

2.Kisar 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.

image is not available

3. Goreng kulit popia hingga keperangan dan toskan.

image is not available

  1. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang hingga semua bahan bersalut.

image is not available

  1. Sedia untuk dinikmati. Untuk tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara Selamat mencuba korang resepi mudah ni.

Lagi resipi menarik di sini: