Tak Perlu Guna Oven, Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Raya Premium Guna 4 Bahan Sahaja

9 Apr 2023 • 5:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Resepi mantap dari moeirajohnson yang mudah tapi enak!

Tak Perlu Guna Oven, Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Raya Premium Guna 4 Bahan Sahaja. Raya dah nak tiba, pasti ramai umat Islam di luar sana tidak sabar untuk menunggu sambutan meriah penuh gembira Aidilfitri tahun ini.

Mana tidaknya setelah sekian lama kita tersekat daripada menyambut perayaan Aidilfitri dengan meriah, raya tahun ini pasti menjadi salah satu perkara yang amat dinantikan oleh semua.

image is not available
Tak Perlu Guna Oven, Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Raya Premium Guna 4 Bahan Sahaja. Gambar tangkap layar dari TikTok moeirajohnson

Biskut raya Nestum Nutella Hazelnut

Sebut saja Raya, pasti anda sudah terbayang-bayangkan Lemang, Ketupat, Rendang, Kek Lapis dan semestinya Biskut Raya!

Untuk tahun ini, apa kata anda cuba resepi istimewa yang telah dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok ini iaitu Biskut Nestum Nutella Hazelnut yang hanya menggunakan 4 bahan dan apa yang paling menariknya anda tidak perlu pun menggunakan oven (ketuhar)!

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok moeirajohnson

Biskut raya premium yang dikongsikan di TikTok moeirajohnson ini juga telah mendapat lebih dari 5 juta tontonan (setakat artikel ini ditulis).

Bahan yang anda perlukan:

  1. 2 Cawan Nestum
  2. 1 Cawan Coklat Putih (White Chocolate)
  3. Nutella
  4. Hazelnut

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok moeirajohnson

Cara membuatnya adalah:

  1. Campurkan white chocolate yang telah dicairkan bersama nestum dan gaul sehingga sebat.
  2. Dalam acuan yang telah diletakkan baking paper bentukkan campuran nestum dan white chocolate dalam bentuk bulat dan sediakan ruang pada tengah biskut.
  3. Letakkan Nutella pada ruang tengah-tengah biskut diikuti dengan kacang hazelnut yang telah disangai. Siap!

Semudah ini, anda dah boleh buat resepi biskut raya premium dan enak untuk dikongsikan kepada para tetamu dan keluarga tersayang!

Lagi resepi kuih raya mudah yang anda boleh cuba di sini: