Hanya guna 5 bahan jer untuk buat Popia Cendawan Enoki. Hasilnya memang ‘marvellous’

Cooking
7 Jan 2023 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Hanya guna 5 bahan jer untuk buat Popia Cendawan Enoki. Hasilnya memang ‘marvellous’

SEMENJAK resipi cendawan enoki viral, penulis lihat ramai yang mula berkongsi pelbagai resipi memasak menggunakan cendawan.

Menariknya, kesemua menu yang kongsikan memang mengiurkan.

Bayangkan, orang yang tak makan cendawan dan sayur pun, tiba-tiba nak makan cendawan. Penangan media sosial memang bukan calang-calang.

Keterujaan orang ramai itu membuatkan SinarPlus ingin berkongsi satu resipi hasil air tangan seorang pengguna Facebook, Sarah Radiah yang dinamakan Popia Cendawan Enoki.

image is not available

Kalau ramai beranggapan sajian itu hanya boleh dihidangkan pada waktu minum petang sahaja, anda silap.

Kalau terasa mahu jadikan juadah sarapan pagi, pun boleh sebenarnya.

Satu lagi yang best, kos nak masak Popia Cendawan Enoki memang murah. Dahlah sedap, lepas tu jimat, siapa yang tak nak kan?

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

image is not available

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

image is not available

1. Potong cendawan enoki seperti biasa iaitu dengan buang bahagian akarnya
2. Basuh cendawan enoki hingga bersih dan kemudian toskan sehingga kering.
3. Potong kulit popia menjadi dua bahagian.
4. Sediakan telur yang telah dipukul dan tepung bestari dalam bekas yang luas.
5. Ambil sedikit cendawan enoki dan letak di atas kulit popia yang telah dipotong tadi. Pastikan ada sedikit ruang di bawah.
6. Lipat di bahagian bawah yang ada ruang tadi, kemudian gulung enoki menjadi separuh sahaja.
7. Sapu sedikit telur di bahagian hujung dan gulung sampai habis sehingga kulit popia itu melekat.
8. Seterusnya celupkan popia cendawan enoki ke bancuhan telur.
9. Kemudian, salut tepung serba guna sehingga rata.
10. Panaskan minyak masak dan pastikan api perlahan sewaktu menggoreng untuk mengelakkan popia hangit.
11. Setelah popia kelihatan garing dan rangup, angkat dan toskan minyak,
12. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Pada akhir perkongsian, kata Siti Radiah, untuk menikmati kelazatan berganda, kalian boleh makan dengan sos pencecah.

Bila buat story ini, penulis tiba-tiba ada semangat nak buat resipi yang ditulis. Apa lagi, jom try sama-sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi