Hanya Gurauan Hari Jadi, Kes Pelajar Dihayun Ke Tiang Diklasifikasi NFA – Polis

LocalPolitics
23 Sep 2025 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Persoalan punca sebenar video tular yang memaparkan seorang pelajar dihayun ke tiang di sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di utara Sarawak akhirnya terjawab.

Sumber melaporkan pelajar yang didakwa sebagai ‘mangsa’ itu memaklumkan bahawa ia hanyalah guruan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 September lepas.

Hanya sekadar ‘prank’ kawan-kawan

Pelajar tersebut hadir bersama ibu bapanya ke balai polis untuk menjelaskan bahawa kejadian tersebut tiada unsur paksaan mahupun dera.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya telah memanggil beberapa pihak dan menyatakan tidak berkompromi jika benar ada unsur buli.

image is not available

“Sehubungan itu, polis telah memanggil pegawai institut berkenaan, ibu bapa dan kesemua pelajar berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 24 tahun yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut.”

“Polis akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas sekiranya muncul laporan atau bukti baharu yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah buli.”

Dalam pada itu, pihak IKBN Miri mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku dalam kawasan kampus dan pihak institut berkenaan memaklumkan bakal mengambil tindakan tegas terhadap kesemua pelajar yang terlibat.

image is not available

Susulan itu, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak menularkan rakaman berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, sebaliknya menyalurkan maklumat relevan terus kepada polis bagi tindakan sewajarnya.

Sumber : Sinar Plus

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.