Hanya Kerana Selisih Faham, Lelaki Tergamak Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Lebam Satu Badan

19 Aug 2022 • 5:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hanya Kerana Selisih Faham, Lelaki Tergamak Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Lebam Satu Badan

Seorang lelaki tergamak memukul isterinya menggunakan kerusi di bahagian kepala dan badan dipercayai kerana perselisihan faham sebelum ditahan di rumahnya dekat Taman Pinggiran USJ, di sini Selasa lalu, lapor Kosmo.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 7 Ogos lalu pukul 6.30 petang semasa mangsa yang berusia 32 tahun berselisih faham bersama dengan suaminya.

“Suspek bertindak memukul isterinya dengan kerusi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan lebam di seluruh badan.

“Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” memetik laporan Kosmo.

Jelas Khalid, suspek telah ditahan pada pukul 10.30 malam Selasa lalu.

“Suspek telah direman empat hari bermula kelmarin. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Kosmo