Hanya lewat satu minit, pemandu buat tak endah lihat penumpang berlari kejar bas

21 Sep 2023 • 4:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mereka yang biasa menaiki pengangkutan awam pasti pernah mengalami pengalaman ditinggal kenderaan disebabkan pelbagai hal.

Penumpang berlari kejar bas

Perkara tersebut sama seperti perkongsian satu akaun TikTok yang memuat naik momen seorang lelaki ditinggal bas ekspres walaupun ketika itu dia sudah berada di sisi kenderaan tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai tsharissadli, dia memaklumkan yang pemandu berkenaan tetap meninggalkan penumpang yang berlari mengejar bas itu walaupun boleh sahaja memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan kerana baru sahaja bergerak.

Penumpang berlari kejar bas, pemandu buat tak endah

Memetik laporan dari Sinar Harian, kejadian berkenaan difahamkan berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan menuju ke Melaka.

“Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak jam 9 malam. Seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki berkenaan tetapi tidak peduli.

“Kesian sangat, pemandu bas tinggal begitu sahaja penumpang sedangkan boleh sahaja berhenti,” katanya.

image is not available

Perkongsian video yang berdurasi 27 saat itu telah mengundang pelbagai maklum balas dari warganet. Kebanyakan mereka berasa tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu bas terbabit yang langsung tidak mempunyai belas kasihan.

Kesian jika ada hal2 kecemasan

Ada juga antara mereka meluahkan pengalaman yang pernah dihadapi mereka dan hampir sama dengan apa yang ditonton menerusi video tular berkenaan.

Ujar mereka, memang ada sesetengah pemandu yang bertindak sebegitu tanpa memikirkan penumpang, sedangkan pernah sahaja bas yang dijanjikan lewat berjam-jam tanpa mengambil maklum keadaan penumpang.

image is not available

Ada yang pernah alami pengalaman sama

image is not available

Sedih tengok keadaan macam ni

image is not available

Dia ingat macam bawa bas dalam movie kot

image is not available

 

 

Apa-apa pun, mungkin ada alasan pemandu bas berkenaan bertindak meninggalkan penumpang tersebut. Boleh jadi pemandu marah dengan sikap penumpang yang membiarkan pemandu serta penumpang yang lain menunggu lama.

 

Sumber: TikTok tsharissadli, Sinar Harian (Siti Aisyah Mohamad)