“Hanya luahan dari hati seorang ibu” – Nourul Depp Minta Henti Buat Spekulasi

Entertainment
13 Sep 2023 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp ada memuat naik satu hantaran di laman Instagram sehingga mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai hubungannya dengan anak sulung, Ayu Nazirah.

Menerusi hantaran di Instagram Story, dia bagaimanapun meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai hantaran tersebut.

Berkongsi tangkap layar perbualannya bersama rakan, Hariz Hasnan berkata berhubung perkongsian Nourul itu telah membuatkan ramai pihak membuat andaian sendiri.

image is not available

Tampil memberi respon mengenai hal itu, Nourul berkata hantaran itu hanyalah sekadar luahan hatinya sebagai seorang ibu dan manusia yang tidak sempurna.

“Tak perlulah speculate. Memang kami yang kongsi. Hanya luahan dari hati seorang ibu dan manusia tidak sempurna. So do you! Terima kasih atas keprihatinan anda,” katanya.

image is not availableimage is not available

Dalam hantaran lain, Nourul turut berkongsi foto saling berpelukan bersama anaknya, Ayu Nazirah serta mendedahkan anaknya seorang yang baik dan pernah menjaganya di hospital.

“Kami sakit, dia jaga. Kami masuk hospital buat hysterectomy, dia jaga tidur di hospital. Dia anak yang baik,” katanya lagi.

image is not available

Sekadar info, Ayu adalah anak dari hasil perkahwinan pertama Nourul bersama komposer terkenal, Ajai.

Selepas bercerai, Nourul mendirikan rumah tangga kedua bersama Eric Daniel Depp dan mempunyai tiga cahaya mata.

Kini, Nourul dan keluarganya sudah berpindah ke Bali, Indonesia dan menetap di negara jiran itu sejak September tahun lalu.

Harap semua jelas dengan penjelasan Nourul…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.