“Hanya Mahu Kongsi Rezeki” – Penaja Beri Penjelasan Selepas Tular Pertandingan Menangis Di Ekspo [Video]

8 Apr 2026 • 3:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial aksi beberapa individu dalam sebuah pertandingan menangis di RTC Tunjung Kelantan.

Menerusi video tular, kesemua peserta berkenaan dilihat berusaha mengeluarkan air mata dan menunjukkan reaksi kesedihan mereka yang terbaik bagi memenangi pertandingan berkenaan.

Melalui hantaran itu juga, dapat dilihat seorang individu diumumkan sebagai juara dan berjaya membawa hadiah berupa wang tunai bernilai RM500 dan sebentuk cincin emas.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mengecam serta mengkritik penganjuran pertandingan terbabit hingga ada yang menyifatkannya sebagai satu perkara yang memalukan.

Peserta Masuk Secara Sukarela, Penaja Hanya Mahu Berkongsi Rezeki

Terbaharu, penaja utama ekspo di RTC Tunjung itu tampil memberi penjelasan berhubung penganjuran program tersebut.

Penaja dikenali sebagai Wan Mohamad Rahimie Syazrin Ab Rahim menjelaskan mereka hanya mahu berkongsi rezeki bersama pengunjung.

Malah, penyertaan individu dalam pertandingan berkenaan dibuat secara sukarela.

“Kami hanya mahu berkongsi rezeki dan mereka (peserta) masuk secara sukarela tanpa paksaan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Jelas Wan Mohamad Rahimie yang juga merupakan usahawan, pertandingan tersebut merupakan salah satu acara yang diadakan di ekspo yang berlangsung selama tiga hari itu.

Terima Lebih 50 Penyertaan, Turut Diadakan Pertandingan Menangis Kategori Kanak-Kanak

Terangnya lagi, mereka telah menerima penyertaan sebanyak 60 peserta yang berusia 30 hingga 70 tahun.

“Turut diadakan pertandingan menangis bagi kategori kanak-kanak.

“Pada mulanya kami (penaja utama) sediakan wang tunai RM100 hingga RM500. Bila terlalu ramai nak masuk bertanding, beberapa ‘founder’ seperti pemilik kedai emas, kosmetik dan makanan teruja nak bagi hadiah.

“Hasilnya kami terima hadiah tambahan seperti cincin emas bernilai ribuan ringgit dan banyak lagi hadiah besar,” katanya.

@eymazaideen

Bukan senang nak menangis lagi2 depan orang ramai, peserta dalam ni memang semua hebat2. Tahniah kepada Juara RTC TUNJUNG KB 3-5 april #rajaperfumexlavabelle #pertandingandikirbaratrtm #pertandinganjerik

♬ original sound – Eyma Zaideen – Eyma Zaideen

Tonton video penuh [DI SINI]

Hadiah Lumayan Buat Peserta Teruja, Bukan Pertama Kali Anjur Pertandingan Sebegitu

Terang Wan Mohamad Rahimie lagi, hadiah lumayan yang ditawarkan membuatkan peserta teruja untuk menangis.

Malah, dia berpendapat kemungkinan cara peserta yang menangis beria-ia menyebabkan video pertandingan terbabit menjadi tular.

Jelasnya, itu bukanlah kali pertama pertandingan sebegitu dianjurkan. Ia merupakan penganjuran kali ketiga sebagai satu acara unik untuk menarik orang ramai.

“Pertandingan menangis ini pertama kali dicadangkan isteri, Nor Adilh Zakaria secara spontan pada pertandingan di Pantai Irama tahun lalu.

“Acara ini amat unik dan menarik. Oleh itu kami akan teruskan di beberapa acara yang kami sertai,” katanya.

Kecaman Tak Patah Semangat, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Terang Wan Mohamad Rahimie, kecaman yang diterima tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi rezeki.

Apatah lagi peserta yang menyertai pertandingan tersebut berasa gembira berbanding mereka yang tidak menyertai acara berkenaan.

“Ia adalah acara berbentuk kekeluargaan yang mampu mengeratkan silaturrahim pengunjung dan pempamer program.

“Bagaimanapun saya memohon maaf jika acara berkenaan tidak menyenangkan mana-mana pihak dan akan diperbaiki pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan Yang Tidak Bawa Mudarat Tidak Dihalang Dalam Islam – Mufti Kelantan

Dalam pada itu, Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri menjelaskan sebarang pertandingan yang tidak membawa mudarat atau tidak berbahaya kepada peserta adalah tidak dihalang dan dibolehkan.

@madameyka.rajaperfumepc

Walaupun pertandingan menangis, vibe diorang tetap positive. Proud of them! #fyp #rajaperfumemalaysia #rajaperfumemendoniaa #rajaperfumexlavabelle

♬ original sound – MADAMEYKA.RAJA PERFUME PC – MADAMEYKA.RAJA PERFUME PC

Tonton video penuh [DI SINI]

@madameyka.rajaperfumepc

Tengok diorang menangis pun buat i rasa nk jatuh air mata skali uolss ‍ #fyp#rajaperfumemalaysia#rajaperfumemendoniaa #rajaperfumexlavabelle

♬ original sound – MADAMEYKA.RAJA PERFUME PC – MADAMEYKA.RAJA PERFUME PC

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Ratusan Ibu Di Indonesia Masuk Pertandingan Menangis Untuk Menang Wang Tunai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-Kanak Merajuk Tak Nak Terima Medal Sebab Dapat Tempat Kedua Buat Ramai Terhibur [Video]

View Original Article