“Hanya pokok tu masih tak ditebang” – Pokok Tualang Di Tepi Jalan Gua Musang Didakwa Ada ‘Penunggu’?

Entertainment
9 Aug 2024 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebatang pokok besar di tepi jalan laluan Gua Musang-Kuala Krai dikatakan memiliki kisah misteri kerana hanya pokok itu sahaja tidak ditebang.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pokok tualang yang dipercayai berusia lebih 150 tahun itu masih kekal di tempat asalnya walaupun projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Utama (LTU) sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan.

Menurut pengguna yang berkongsi video itu, walaupun pokok lain di sekelilingnya telah ditebang, tetapi pokok tualang itu sahaja masih gah berdiri.

Katanya, sekitar tahun 2000 banyak kemalangan berlaku berhampiran kawasan pokok berkenaan sehingga meragut beberapa nyawa.

“Sehingga ke hari ini masih ‘tidak mampu’ ditebang oleh pihak berkuasa, padahal pokok-pokok lain dah ditebang,” tulisnya.

@ammartaha007

Kalau lalu jalan Kuala Krai-Gua Musang mesti akan perasan 1 pokok besar tepi jalan ni. Kenapa masih tidak ditebang ye? Apa misteri di sebalik pokok ini? #pokok #misteri #horror #fypシ゚

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa memang terdapat banyak kemalangan berhampiran pokok itu.

Ada juga yang turut berkongsi kisah kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, netizen lain menepiskan dakwaan mistik dengan menyatakan bahawa pokok berkenaan dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai mercu tanda sempadan daerah Gua Musang dengan Kuala Krai.

image is not availableimage is not available image is not available

Korang rasa memang betul ke ada ‘penunggu’ dekat pokok tu?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.