“Hanya RM1.2K Je? Gaji Kita Sebulan Puan..” – Tudung ‘Termurah’ Usahawan Cecah Ribuan, Netizen Terkejut Dikata Murah

4 Jan 2024 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedang tular di laman TikTok sebuah video di mana usahawan dan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri yang menafikan dakwaan bahawa dirinya hanya memakai tudung berharga ‘kayangan’ sahaja.

Pakai tudung ‘murah’ juga

Kata Haliza di sebuah video yang dimuat naiknya, dirinya berkata bukan semua tudung yang digayakan itu mahal. Ada juga yang harganya ‘murah’ hanya bernilai RM1.2K, katanya.

Viral dekat TikTok tudung harga ratus-ratus ribu, sebenarnya ada yang murah. Yang saya pakai ni, hanya RM1200 sahaja. Tetap cantik.

Usahawan takbur

Bagaimanapun, video yang sama itu telah meraih reaksi yang lain dari netizen. Kebanyakkan dari mereka melihat usahawan ini seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kekayaan dirinya dengan berkata nilai tudung tersebut dikira ‘murah’.

Bukan itu sahaja, pada mereka, tudung yang dipakai oleh Haliza itu masih kelihatan seperti tudung biasa yang dibeli di pasar meskipun harganya mencecah ribuan ringgit.

Takbur betoi ye.

Gaji sebulan, beli sehelai tak makan sebulan.

image is not available

Sumber : TikTok  

Namun begitu, ada juga yang berseloroh berkata mereka lebih sesuai membeli tudung bawal biasa memandangkan harga Bawal Exclusive milik Haliza ini terlalu mahal untuk dipakai harian.

image is not available 2 weeks ago

Inspirasi Daripada Gaun Sultanah Hurrem, Busana Pengasas Bawal Exclusive Cecah RM250,000! - "Bertatahkan 83,900 Batu Swarovski"