‘Saya ada juga pakai tudung murah, yang ini RM1,200 sahaja’ – Usahawan akui tak selalu pakai tudung mahal

Women's Fashion
4 Jan 2024 • 10:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Usahawan dan pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mengaku beliau juga memakai tudung yang dianggap ‘murah’ setiap hari.

Dalam satu video yang tular di TikTok, Haliza menunjukkan tudung dipakainya, yang berharganya RM1,200.

Beliau berkata, “Sebenarnya ada yang murah. Yang saya pakai ini hanya RM1,200 sahaja. Ya, tetap cantik, anggun menawan gitu.”

Beliau juga menambah, “Bukan semuanya mahal ye. Saya pun ada juga pakai tudung murah. Tetap cantik. Nama rekaan ini Cik Siti Wan Kembang.”

Perkongsian Haliza ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai yang ‘terkejut’ apabila mengetahui bahawa pengasas tudung eksklusif itu juga memakai tudung ‘murah’.

Seorang netizen bernama Farah berkata, “Nasib baik akak beritahu harga, kalau tak, confirm saya ingat itu tudung pasar malam.”. Manakala seorang lagi netizen, Kakak Tenggiling, memberi komen, “Murah puan RM1,200. Murah saya, RM12 puan. Tapi collection puan semua cantik! Suka betul tengok blink-blink swarovski tu!”

Netizen lain, Aziema berkata, “Allah kak, tudung saya RM15 pun dok keliling kedai fikir. Sebab hari-hari asyik pakai tudung sarung hitam je.”.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved