Hanya RM149 Sebulan, Unifi Air 5G Ditawarkan Dengan Data 5G Tanpa Had

Digital
11 Sep 2023 • 12:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Telekom Malaysia kini menawarkan perkhidmatan jalur-lebar nirwayar untuk kegunaan di rumah dibawah jenama Unifi Air.

Penawaran ini pernah dibuat dengan pilihan rangkaian 4G sahaja, tetapi pada harga RM79 sebulan untuk akses tanpa had dengan kelajuan mencapai 20Mbps.

image is not available

Kini, Unifi Air juga menambah pelan 5G, ditawarkan pada harga RM149 sebulan, dan hadir dengan penggunaan data 5G tanpa had.

Dalam pada itu, langganan ini hadir dengan sebuah penghala WiFi-6 dan mempunyai kontrak selama 24 bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Unifi Air hari ini untuk melihat pelan Unifi Air 5G yang ditawarkan oleh TM ini.

Kredit: Unifi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Korang still boleh bawa makanan sendiri tapi kena follow la diorang punya garis panduan #mas #malaysiaairlines #airlines #gear #ohgear #ohmedia

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic