Pakej 5G Rahmah: Tawaran Unifi Mobile paling asas, harga telefon 5G RM240 dan perlu bayar pendahuluan RM552

TechnologyDigital
1 Sep 2023 • 10:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika tawaran Digi dikatakan paling asas untuk Pakej 5G Rahmah, sebenarnya tawaran yang disediakan Unifi Mobile adalah maksud asas lantai yang ditetapkan kerajaan. Ini kerana TM benar-benar mengikut petunjuk yang disediakan kerajaan iaitu pelan RM60 dengan data 5G 60GB, serta harga telefon 5G RM240.

TM mengumumkan Pakej 5G Rahmah dengan menggunakan pelan Uni5g Postpaid 65 sebagai asas, tetapi memberi nama lain iaitu Uni5g Postpaid 60. Pelan ini berharga RM60 dan memberi data 4G/5G sebanyak 60GB dan panggilan tanpa had. Tetapi ia menggunakan kuota hotspot yang berbeza sebanyak 10GB. Bermakna, pengguna boleh menikmati sehingga 70GB data dengan tawaran Unifi Mobile.

image is not available

Bagi peranti, TM menyediakan dua model telefon 5G seperti yang diumumkan kerajaan iaitu Samsung Galaxy A14 5G 128GB dan Honor 90 Lite 5G 256GB. Kedua-dua telefon ini dijual pada harga RM240, dengan kontrak selama 24-bulan dan telefon diberi jaminan selama 2-tahun.

Khas untuk golongan B40, 100,000 pendaftaran pertama layak untuk mendapatkan subsidi tambahan RM120 untuk pembelian telefon 5G. Di Unifi Mobile, golongan B40 boleh mendapatkan Galaxy A14 5G atau Honor 90 Lite 5G pada harga RM120 selepas ditolak subsidi kerajaan.

Bayaran pendahuluan RM792

Dalam tawaran oleh Unifi Mobile, mereka juga menyatakan bahawa pelanggan perlu membayar wang pendahuluan peranti sebanyak RM552, di samping harga peranti RM240. Ini menjadikan jumlah yang perlu dibayar semasa pendaftaran adalah RM792. Wang pendahuluan tadi akan direbatkan sama rata selama 24-bulan kontrak iaitu RM23/bulan. Jadi, pelanggan hanya perlu membayar pelan RM37/bulan, selepas ditolak rebat tadi.

image is not available

Tetapi TM ada memberi pengecualian untuk bayaran pendahuluan peranti ini. Ia dikecualikan untuk pelanggan Unifi Mobile Postpaid yang telah melanggan melebihi 6 bulan, serta tidak mempunyai tunggakan bil untuk 4 bulan lepas.

Pakej 5G Rahmah oleh Unifi Mobile hanya boleh didaftar di Unifi Store berhampiran, dari 1 September sehingga 31 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Pakej 5G Rahmah Unifi Mobile.

Bacaan Berkaitan