Hanya Samalaju catat IPU tidak sihat, kualiti udara di Selangor semakin baik

LocalEnvironment
27 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hanya Samalaju catat IPU tidak sihat, kualiti udara di Selangor semakin baik

SHAH ALAM, 27 OKT: Hanya Samalaju di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini, manakala enam kawasan pemantauan di Selangor merekodkan kualiti udara baik dan sederhana.

Hujan sejak beberapa hari lalu dipercayai membantu mengurangkan jerebu, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kualiti udara di negeri ini.

Berdasarkan data IPU, Samalaju merekodkan bacaan 118, sementara 67 kawasan lain di seluruh negara berada pada tahap baik dan sederhana.

Di Selangor, Kuala Selangor dan Banting masing-masing mencatatkan bacaan IPU 48, sekali gus tergolong dalam 22 kawasan yang merekodkan kualiti udara baik di seluruh negara.

Sementara itu, empat lagi kawasan di negeri ini mencatatkan IPU sederhana iaitu Johan Setia (69), Klang (59), Shah Alam (56) dan Petaling Jaya (54).

Secara keseluruhan, sebanyak 45 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU sederhana, dengan bacaan antara 51 hingga 100, manakala 22 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu antara sifar hingga 50.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 pula dikategorikan sebagai tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved