Tiada lagi kawasan IPU tidak sihat, 22 lokasi catat bacaan baik

Environment
27 Oct 2026 • 11:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiada lagi kawasan IPU tidak sihat, 22 lokasi catat bacaan baik

SHAH ALAM, 27 OKT: Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat setakat jam 11 malam ini.

Berdasarkan data IPU terkini, Banting menjadi satu-satunya kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara baik dengan bacaan 50, sementara lima lagi lokasi berada pada tahap sederhana.

Kawasan terbabit ialah Johan Setia (65), Klang (59), Shah Alam (56), Petaling Jaya (52) dan Kuala Selangor (51).

Sementara itu, Samalaju di Sarawak yang sebelum ini mencatat IPU tidak sihat dengan bacaan 118 menunjukkan penurunan kepada 90, sekali gus kembali berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhan, sebanyak 46 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana.

Antara kawasan lain yang merekodkan kualiti udara baik ialah Temerloh, Pahang (50), Indera Mahkota, Kuantan (49), Kimanis, Sabah (49) dan Sungai Petani, Kedah (47).

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved