Hanya Sebabkan Suka Sambal Nasi Lemak Yang Dibuat, Lelaki Kantoi Duduk Sebumbung Dengan Isteri Orang

15 Jul 2025 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, baru-baru ini, pasangan yang tiada ikatan telah ditangkap selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kluang, Johor ketika pihak berkuasa melakukan operasi cekup maksiat.

Difahamkan, serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dilakukan pada jam sekitar 11.45 malam selepas pihak mereka menerima aduan daripada orang awam.

Wanita berstatus isteri ‘kantoi’ berkhalwat dengan pelanggan kedai makan

JAINJ memaklumkan anggota mereka memeriksa kediaman tersebut dan mendapati seorang wanita berusia 28 tahun serta seorang lelaki berusia 30 tahun bersekedudukan.

image is not available

Sumber : Gambar hiasan 

Siasatan awal mendapati wanita itu mengenali kekasihnya yang berusia 30 tahun ketika sama-sama bekerja di sebuah kedai makan di Kluang.

Menurut JAINJ, wanita tersebut telah pun mempunyai suami sendiri dan belum punya cahaya mata, namun tidak tinggal sebumbung dengan suami yang dikatakan berada di Mersing.

Hubungan terjalin disebabkan sambal nasi lemak

image is not available

Wanita tersebut memberitahu hubungan itu terjalin selepas lelaki berkenaan meminati sambal nasi lemak yang dimasak olehnya, sehinggalah mereka jatuh cinta.

Mereka kemudian sepakat menyewa rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal seperti suami isteri.

image is not available 2025-07-08 14:00:56

"Dulu Kau Yang Kejar Dia Sangat Sampai Ke Tangga Kan" - 'Mengeluh' Susah Jadi Isteri View Chin, Video Mira Raih Perhatian