Hanya Sekadar Kawan, Hafidz Roshdi Nafi Rancang Kahwin Dengan Athirah

Entertainment
27 Jul 2023 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pagi ini, pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sejurus selepas prosiding perceraian itu, Hafidz yang ditemui media menafikan dakwaan telah bernikah dengan orang ketiga yang dikaitkan dengan rumah tangganya, Athirah Yuhada.

Menurut Hafidz, dia tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat sekali gus menafikan dakwaan ingin mengumumkan sesuatu berkaitan hubungannya dengan wanita itu.

“Belum lagi, rileks dulu, apa-apa roger! Kalau saya kahwin mesti saya dah beritahu peguam saya.

“Saya tiada pengumuman nak buat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ditanya mengenai hubungannya dengan Athirah, Hafidz menegaskan mereka hanya sekadar kawan, lapor mStar.

“Belum ada apa-apa. Kami hanya berkawan,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mengeluarkan kenyataan akan membuat pengesahan berhubung status hubungan dan sebarang perancangan perkahwinan dengan wanita itu semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Jun lalu.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada Februari selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.