Hanya Seringgit Sebungkus, Warga Kuching Wajib Cuba Nasi Lemak Berlauk Di Jalan Astana Ini

17 Nov 2022 • 1:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dari nasi lemak biasa ke berlauk, semua dijual dengan harga seringgit

Hanya Seringgit Sebungkus, Warga Kuching Wajib Cuba Nasi Lemak Berlauk Di Jalan Astana Ini. Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil serta masalah kenaikan barang ketika ini, ada sesetengah peniaga terpaksa mengambil langkah menaikkan harga jualan mereka atas faktor kenaikan harga barang mentah dan juga harga kos lain.

image is not available
Hanya Seringgit Sebungkus, Warga Kuching Wajib Cuba Nasi Lemak Berlauk Di Jalan Astana Ini. Sumber: Awie Razak

Ini adalah untuk menampung kembali modal jualan mengikut harga pasaran. Tetapi berbeza pula dengan peniaga nasi lemak RM1 yang meniaga berhadapan dengan Sekolah Rendah Encik Buyong di Jalan Astana, Kuching.

Aneka lauk boleh dipilih

Menariknya di sini, semua jenis nasi lemak daripada nasi lemak biasa, nasi lemak sambal kerang, nasi lemak sambal sotong dan nasi lemak sambal udang hanya dijual seringgit sebungkus.

image is not available

Menerusi perkongsian Awie Razak iaitu pemilik gerai nasi lemak tersebut, nasi lemak mereka terjual sehingga boleh mencecah 700 sehingga 1000 bungkus sehari.

Melihat kepada jumlah itu, pastinya nasi lemak yang dijual mereka itu sedap dan berbaloi untuk dicuba.

Jadi, sekiranya anda mencari juadah sarapan pagi yang murah dan berbaloi singgahlah ke sini.

image is not available

Waktu operasi nasi lemak seringgit

Untuk waktu operasi jualan mereka, gerai nasi lemak ini dibuka dari hari isnin sehingga sabtu bermula jam 6 pagi sehingga habis.

Sekiranya anda ingin merasai kesedapan nasi lemak ini, anda boleh singgah ke perhentian bas berhadapn dengan SK Encik Buyong di Jalan Astana, Kuching.