Kota Kinabalu: Prospek Sabah untuk mencapai sasaran 40 emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 tampak semakin sukar selepas hanya tiga lagi emas dikumpul pada Khamis.
Emas pertama disumbangkan pemanah, Evan Rich Chong Qi Wei yang merangkul gelaran Recurve Lelaki pusingan Olimpik dengan menewaskan Naveen Fikri Zinuldin dari Pulau Pinang 6-0 pada perlawanan akhir.
Nevern Netaneel Marcellinus meneruskan rentak kemenangannya dengan menyumbang emas kedua dalam sukan tenpin boling dengan kemenangan dua set 247-217, 257-247 ke atas Muhd Hazim Alihanafiah dari Wilayah Persekutuan dalam final master lelaki.
Trio sepak takraw wanita Siti Hadinavilla Jumidil, Nazira Hani Islandarand Nadillatul Rosmahani Saidin bersama Fisydiana Farodona dan Siti Hadifitri Navilla Junidil selaku pemain simpanan kemudian memberikan emas ketiga menerusi kemenangan straight set mudah 21-9, 21-15 ke atas lawan Perak pada perlawanan akhir.
Jurulatih Daut Amba ketika dihubungi berkata, beliau terharu dengan kejayaan pasukan wanita yang menyapu bersih emas dalam acara wanita susulan kejayaan awal mereka dalam beregu. PASUKAN sepak takraw wanita cemerlang apabila memberikan emas pertama Sabah pada Khamis.
Satu lagi emas yang disasarkan sebelum ini dalam acara ragbi wanita tetapi atlet negeri Sabah disingkirkan oleh Kedah 5-12 pada aksi separuh akhir.
Hanya satu perak dimenangi oleh kontinjen negeri pada Khamis dan ia disumbangkan oleh Matronati Mel Motusin dalam kategori judo wanita +70kg selepas tewas 0-1 kepada lawannya dari Terengganu, Nur Ain Hafiezza.
Sabah menamatkan saingan pada Khamis dengan enam gangsa. Dua daripada sukan akuatik dengan atlet terjun Mohd Anilrian Normatrud Abdullah memberikan gangsa pertama pertama dalam acara individu platform lelaki diikuti oleh pasukan dalam acara 4 x 200 gaya bebas berganti-ganti wanita, Chu Xin Ying, Lovell Wong, Thien Oi Yee dan Loo Yie Bing.
Pasukan bola tampar pantai turut menyumbang satu menerusi Farrah Ninni Muhd Johan dan Zuliza Pilihan dalam acara berpasukan wanita dan satu daripada peninju Mohd Fairul Yee Abdullah dalam kategori feather weight lelaki (54-57kg).
Pasukan ragbi wanita kemudian bangkit daripada kekecewaan separuh akhir dengan menewaskan Johor dalam play off untuk meraih gangsa manakala pasukan recurve wanita, Faith Fedora Shiu Xiao Miin, Kaithlyn Hannah Sernam dan Nurul Maisarah mendapat tempat ketiga selepas menewaskan pasukan Kelantan 5-1 dalam aksi penentu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
