‘Hanya Zayn satu-satunya yang tahu isi hati ibu’

11 Dec 2023 • 3:14 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sekali lagi berkongsi luahan perasaan sedih atas pemergian anak sulungnya itu.

Berdasarkan hantaran terbaharu di Instagram miliknya hari ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata, tiada siapa mengetahui betapa sayangnya dia kepada Zayn Rayyan.

“Tiada siapa yang tahu betapa besarnya rasa sayang ibu kepada Zayn.

“Setelah semua ini, hanya Zayn satu-satunya yang tahu isi hati ibu,” katanya.

Malah sebelum itu, ibu kepada dua anak itu memuat naik gambar pintu bilik yang bertulis nama ‘Zayn Zahin’, iaitu tempat tidur Zayn sebelum ini bersama adiknya di InstaStory miliknya.

“Bilik abang dan adik,” katanya sambil disertakan dengan emoji sedih.

Terdahulu, kanak-kanak autisme itu disedari hilang sejak jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemui.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 11 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved