“Zayn tiada ayah tiri” – Ahli Keluarga Minta Netizen Henti Buat Spekulasi

Entertainment
11 Dec 2023 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah meruntun jiwa kita semua.

Setakat hari ini, pihak polis masih giat mengesan bukti serta maklumat yang mampu membantu merungkai siapa dalang yang kejam membunuh kanak-kanak autistik ini.

Sejak kes ini menjadi perhatian ramai, timbul pula spekulasi yang tidak enak oleh segelintir netizen tentang pihak keluarga.

Sehinggakan datuk kepada Zayn merayu orang ramai untuk berhenti daripada menyebarkan spekulasi yang bukan-bukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izz Manaf (@izzmanaf)

Ada juga ura-ura yang mendakwa penjaga Zayn, Zaim Ikhwan Zahari adalah bapa tiri kepada kanak-kanak autistik itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis oleh seorang wakil keluarga menerusi hantaran di TikTok. Ramai menyangkakan nama Abdul Matiin adalah nama bapa kanak-kanak itu, sekali gus ada yang berandaian Zaim Ikhwan adalah bapa tiri.

Sedangkan nama penuh kanak-kanak syurga itu ialah Zayn Rayyan Abdul Matiin bin Zaim Ikhwan Zahari.

“Zayn tiada ayah tiri, Zayn lahir 9 bulan lepas kahwin. Jadi, henti sebarkan khabar angin. Mereka merupakan keluarga bahagia,” tulisnya.

@ziyadanaszahari

zayn takde ayah tiri, zayn lahir 9 bulan lepas kahwin so stop spreading the rumors. They are happy family from the beginning. zaynrayyan justiceforzaynrayyan

♬ Dirgahayu – Faizal Tahir

Sementara itu, ibu Zayn memuat naik sekeping gambar lama bersama arwah anaknya dengan pesanan meruntun jiwa.

“Tiada siapa yang tahu betapa besar rasa sayang ibu kepada Zayn. Setelah semua ini, hanya Zayn satu-satunya yang tahu isi hati ibu,” tulisnya.

image is not available

Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes terbabit berdasarkan petunjuk, kes jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.