'Happy birthday anak.' Di sebalik kemelut keluarga, ibu tetap rai hari lahir Anna Jobling

LocalEntertainment
14 Aug 2025 • 5:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

WALAUPUN hubungan keluarga diuji, Ariz Arop, ibu kepada pelakon Anna Jobling, tidak lupa menitipkan ucapan ulang tahun ke-25 buat anak kesayangannya itu.

Ucapan itu dikongsi wanita tersebut di Instagram, disertai sekeping gambar lama yang merakam detik manis ketika Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling masih kecil dan berada di atas pangkuan.

image is not available

“Happy birthday anak. 14 Ogos 2025,”titipnya ringkas

Dalam pada itu, Ariz mengakui bahawa sebagai seorang ibu, dia telah lama memendam perasaan dan kini terlalu letih berdepan cacian serta cemuhan, lalu memilih untuk menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT.

“Yang tahu sahaja yang tahu apa yang terbungkam di hati ini. Biarlah dunia di luar sana menghakimi.

“ALLAH sahaja yang maha mengetahui segalanya,” kongsinya lagi.

image is not available

Terdahulu, Ariz meluahkan rasa kesal terhadap pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu yang dikatakan sudah mula lupa diri apabila semakin dikenali ramai.

Kemelut antara dua beranak itu mencuri perhatian apabila Ariz memaklumkan dirinya menerima perintah injunksi yang difailkan oleh Anna, selain berkongsi foto berada di sebuah balai polis.

Sementara itu, tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh anaknya, termasuk digelar seperti anjing kurap dan dihalau keluar dari kereta oleh peguam Anna.