
Sempena ulang tahun ke-25 hari ini, pelakon jelita Anna Jobling meluahkan penghargaan dan terima kasih di atas semua ucapan yang diterimanya.
Dalam perkongsian itu, Anna turut berterima kasih kepada ibunya, yang telah melahirkan dan membesarkan dirinya.
Terdahulu, ibu Anna membuat pendedahan mengejutkan mengenai hubungannya dengan Anna yang kini tegang.
“Terima kasih Mama”

Malah, ibunya pada tahun lalu dikatakan telah mendapat perintah injunksi mahkamah iaitu larangan untuk mendekati Anna dalam jarak 100 meter.
Namun, injunksi itu terbatal selepas perbincangan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ibu Anna juga mendedahkan, Anna semakin berubah sikap sejak popular.
Meskipun dilanda konflik, Anna tidak lupa menghargai ibunya menunjukkan betapa kasih seorang anak tidak mudah pudar.

Dalam pada itu, ibu Anna juga dilihat memuat naik foto mereka berdua dengan ucapan “Happy birthday anak”.
Pssttt! Semoga hubungan ini kembali jernih dan penuh kasih sayang, seperti sedia kala.
Kredit: Instagram Anna Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

