Hapus tunggakan bil air, turun cukai tanah antara manifesto BN-PH Kelantan

Politics
5 Aug 2023 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub. - Foto Bernama.

KOTA BHARU - Penghapusan tunggakan bil air, penurunan caj kadar cukai tanah dan tawaran 50 peratus diskaun bayaran proses pelan dengan PBT bagi pembinaan rumah mampu milik antara yang ditawarkan kepada rakyat jika diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya negeri.

Antara keistimewaan lain untuk rakyat ialah bantuan 'one off' kepada pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak sebanyak RM3,000, parkir kenderaan percuma dan naik taraf pasar awam di seluruh negeri .

Perkara itu digariskan melalui manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan oleh Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub.

AKAN MENYUSUL

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!