Hapuskan syarat 30% ekuiti Bumiputera IPS? MITI nafi terima makluman

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menafikan mempunyai makluman berhubung penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

MITI dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).

“Pihak Kementerian ingin menjelaskan bahawa tidak mempunyai makluman mengenai perkara tersebut.
“Diharapkan penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan MITI dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas,” ujarnya.
Image from: Hapuskan syarat 30% ekuiti Bumiputera IPS? MITI nafi terima makluman

Kredit Foto: Carian Google

Sebelum ini, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS di bawah KPM.

KPM memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan MITI.

Image from: Hapuskan syarat 30% ekuiti Bumiputera IPS? MITI nafi terima makluman

Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.

Sumber: FB Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved