Haqiem Stopa ‘Berjuang’ Malam Satu Rejab, Doa Kemelut Rumah Tangga Kembali Pulih

22 Dec 2025 • 4:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa mencuri perhatian ramai apabila memberi bayangan sudah reda sekiranya hubungan perkahwinan yang dibina bersama isteri, Aireena Sofia berakhir dengan perpisahan.

Berjuang malam satu Rejab

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Haqiem tidak ketinggalan merebut malam satu Rejab menadah tangan meminta pertolongan daripada tuhan memandangkan ia malam yang begitu mustajab untuk umat Islam berdoa.

https://www.tiktok.com/@haqiemstopa_starlive_oe/photo/7586431018542976263

“Aku sudah bertarung habis-habisan di 1 Rejab untuk kita puan. Jika sudah dilangitkan dan Allah makbulkan Alhamdulillah itu adalah hal paling bermakna dalam hidup aku.
“Jika sebaliknya yang berlaku. Maka aku bersedia berundur dan menghadapi segala ombak besar yang bakal menghentam nahkoda yg hampir karam,” tulis Haqiem, hari ini.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet mendoakan agar kemelut rumah tangga yang dilaluinya dapat diselesaikan dengan baik dan berharap ia tidak berakhir dengan penceraian.

Malah ada juga yang menasihati Haqiem untuk berubah menjadi suami dan bapa yang baik sekiranya masih menyayangi keluarga kecilnya itu.

Tiada yang kahwin nak cerai

image is not available

Niat kena betul

image is not available

Kamu lebih kuat daripada kamu sangka

image is not available

Artikel lain: “Jangan Masuk Campur!”- Haqiem Stopa Kesal, Tak Dapat Jumpa Anak Angkara Keluarga Sendiri

Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu.

Difahamkan, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka namun dakwaan itu enggan diulas secara lanjut.

Untuk info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup bersama pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

Sumber: TikTok haqiemstopa

The post Haqiem Stopa ‘Berjuang’ Malam Satu Rejab, Doa Kemelut Rumah Tangga Kembali Pulih appeared first on Borak Daily.