Haram gelar isteri kedua sebagai penyondol – UAI

24 Oct 2026 • 9:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Haram gelar isteri kedua sebagai penyondol – UAI

PETALING JAYA – Perbuatan atau tindakan menggelarkan isteri kedua sebagai penyondol mahupun perampas adalah haram di sisi agama.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus perkara itu seumpama menghina amalan poligami yang dibenarkan syarak.

“Kita nak pesan, kalau dia (wanita) kahwin dengan suami orang, jangan kita terikut-ikut dengan orang yang mulut jahat.

“Mulut jahat kata kalau kita (wanita) kahwin dengan lelaki orang itu penyondol, ayat itu haram. Penyondol itu maknanya menghina, menghina poligami yang dihalalkan oleh Allah,”katanya dalam satu sesi kuliah baru-baru ini.

Azhar yang lebih mesra dipanggail UAI berkata, perkahwinan kali kedua atau seterusnya sehingga keempat juga dihalalkan oleh syarak.

“Kamu lelaki boleh kahwin dua, boleh kahwin tiga ataupun empat. Tapi kalau rasa tak mampu berlaku adil seorang sudahlah.

“Tapi seseorang wanita jika dia nak bermadu dan nak jadi isteri kedua hukumnya harus,” ujarnya.

Mengulas lanjut Azhar berkata, isteri kedua atau madu layak digelar penyondol sekiranya dia cuba memutuskan hubungan suami dengan isteri pertama.

“Penyondol ini dia kahwin dengan orang (lelaki) yang sudah ada isteri, bila dia berkahwin, dia racun (hasut) suami dia itu suruh cerai isteri pertama.

“Itu penyondol. Kalau sekadar kahwin saja, tumpang kasih seorang laki-laki, hukumnya harus,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

The post Haram gelar isteri kedua sebagai penyondol – UAI appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved