“Haram jika membahayakan diri!” – Dr Zulkifli ulas hukum cium Hajar Aswad

4 Mar 2024 • 12:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengulas hukum cium Hajar Aswad selepas tular video memaparkan seorang usahawan, Hafiz Mahamad yang berhimpit dengan orang ramai bagi memastikan pasukannya dapat mencium batu berkenaan.

Sebelum ini, Hafiz yang juga merupakan pempengaruh media sosial telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia berhimpit bagi membolehkan isteri dan pasukannya mencium Hajar Aswad.

Menerusi satu perkongsian di X, Dr Zulkifli berkata tanpa merujuk kepada mana-mana pihak mencium Hajar Aswad merupakan salah satu ibadah namun perbuatan itu adalah sunat.

“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium Hajar Aswad juga adalah ibadah. Beza kedua-duanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat,” katanya.

Tambahnya, haram mencium Hajar Aswad jika ia mendatangkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan semakin ramai yang menjadikan ibadah umrah sebagai ‘trend’ untuk meraih tontonan.

Dr Zulkifli ulas hukum cium Hajar Aswad

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar ‘trend’ untuk meraih tontonan, tinggalkan ‘trend’ yang merugikan itu,” katanya.

Zulkifli turut meninggalkan pesanan untuk orang ramai sentiasa mengingati dosa disamping memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah termasuk doa-doa kepadaNya.

image is not available

“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content!” ujarnya.

Terdahulu, Hafiz memuat naik satu video memaparkan dia berhimpit dengan orang ramai bagi memastikan pasukannya dapat mencium Hajar Aswad.

“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan. MasyaAllah semua dengan izinNya. Dari semalam lagi Aina cakap ada team nak ke Hajar Aswad.

“Abang bawakan boleh? Boleh, tapi malam awak kena urut pinggang. Alhamdulillah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Hafiz bersesak dengan orang ramai sehingga menyebabkan sebahagian kain ihramnya terbuka.

Selain itu, para pekerjanya yang juga perempuan terpaksa berhimpit dengan orang ramai semata-mata mahu mencium Hajar Aswad.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Hafiz yang seakan-akan menjadikan ibadah umrah sebagai konten semata-mata.

Malu kalau agama lain tengok, Dr Zulkifli ulas hukum cium Hajar Aswad haram kalau membahayakan

image is not available

Tolong bezakan perkara sunat, wajib dan haram

image is not available

Pergi beribadah, kena bawa adab!

image is not available

Pergi umrah buat konten sampai tercabut ihram!

image is not available

Demi sebuah konten….

image is not available

Namun begitu, terdapat segelintir warganet memuji tindakan Hafiz yang berusaha menunaikan permintaan isteri dan pasukannya itu.

Alhamdulillah..

image is not available

Tak mudah, tapi awak semua terpilih, Alhamdulillah

image is not available

Tak patut bersesak macam tu sekali rasanya. Tengok pekerja dia pun kesian ditolak-tolak, lagi-lagi lebih ramai lelaki yang berhimpir dengan dorang.