“Haram Tetap Haram! 10 Malam Terakhir Lailatur Qadar Kau Lancar Video Tak Berakhlak!” – Bonda Rozita Kecewa Dengan Aliff Syukri

Entertainment
1 Apr 2024 • 12:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan tampil dengan lagu raya untuk tahun ini yang berjudul Love Raya, Datuk Seri Aliff Syukri telah membuat ibunya iaitu Bonda Rozita berasa sangat kecewa.

Tegur Aliff Syukri secara terbuka

Melalui laman Instagram Bonda Rozita, dia meminta agar Aliff Syukri memadam video (MV) tersebut kerana dianggap tidak mencerminkan akhlak sebagai umat Islam.

Mana malu? Mana kamu letak maruah? Jangan malukan mak, hentikan selamanya.. jangan ada lagu raya lagi.

Tak tenteram tonton MV raya Aliff

Dalam pada masa yang sama, Bonda Rozita turut mengakui dirinya tidak tenteram apabila menonton MV raya yang diperbuat oleh anak lelakinya itu.

Katanya, perbuatan Aliff itu seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak sensitif dengan situasi yang berlaku di Gaza sekarang ini.

10 malam terakhir kejar Lailatul Qadar tapi kamu lancar muzik video bodoh ni.

Sebelum ini, Aliff Syukri telah melancarkan MV raya yang memaparkan sekumpulan lelaki menari dengan aksi yang tidak sopan.

image is not available 5 days ago

Lagu Raya Aliff Syukri Curi Perhatian Netizen, Kalini 'Beraksi' Dalam Tab Mandi Pula - "Tiap Tahun Nak Tunjuk S*hai"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved