Sharnaaz anggap kerenah Aliff Syukri ‘warna’ dalam industri -“Enjoy jela…”

1 Apr 2024 • 6:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sharnaaz anggap kerenah Aliff Syukri warna dan corak dalam sesuatu industri hiburan susulan tularnya muzik video lagu raya yang penuh kontroversi semalam.

Takkan asyik cerita cerai, gaduh, putus, lokap saja

Ujar Sharnaaz Ahmad, kalau tiada Dato’ Seri Aliff Syukri dalam dunia seni Tanah Air pasti terasa bosan juga kerana asyik dihidangkan berita tentang rumah tangga, percintaan dan pergaduhan selebriti (merujuk diri sendiri).

“Kalau tak ada dia dalam dunia seni bosan jugak. Asyik cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah).

Sebab dia ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri,” tulisnya.

image is not available

Kerenah Aliff Syukri buat hilang bosan

Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu lagi, walaupun teruk dikecam, Aliff Syukri dilihat tetap cuba menghiburkan dan mencari masalah bagi tontonan kita.

Jadi, dia memilih untuk menikmati sahaja ragam-ragam yang ditunjukkan usahawan itu di media sosial.

“Walaupun orang kecam, orang macam dia akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita.

Enjoy jelah selagi dia masih ada. Salam Ramadan people,” seloroh Sharnaaz lagi.

image is not available

Perkara tersebut diulas aktor kelahiran Pulau Pinang itu susulan berita kerenah Aliff Syukri ditegur ibunya secara terbuka di media sosial susulan mengeluarkan teaser untuk muzik video lagu raya pada tahun ini.

Dalam muzik video terbabit, dapat dilihat penari-penari lelaki ‘menggeletis’ mengerakkan tubuh badan mengiringi nyanyian Aliff Syukri.

Tindakan tersebut membuatkan ibunya, Rozita Ibrahim geram kerana usahawan itu seakan tidak menghormati sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad