“Harap abg tu selamat” – Kuda Lari Panik Ketika Perbarisan Hari Kebangsaan Buat Orang Ramai Risau

Entertainment
1 Sep 2024 • 2:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam telah berlangsungnya perbarisan gilang-gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67. Sambutan yang diadakan di Dataran Putrajaya itu mempamerkan pelbagai aset keselamatan negara serta kepelbagaian kaum.

Dalam kemeriahan yang dilihat sempurna di kaca televisyen, ada satu insiden yang berlaku ketika perbarisan itu melibatkan kumpulan berkuda Bajau Laut. Dalam video itu, kelihatan kuda-kuda yang ditunggang berlari seolah-olah panik dan melanggar seorang petugas perbarisan. Korang boleh tengok video @ricxxxkiddo di bawah.

image is not available

 

 

Harap abang tu selamat

Rata-rata netizen melontarkan kerisauan kepada lelaki yang menjadi mangsa dalam situasi yang tidak diingini itu. Tidak kurang juga yang memberikan pandangan mengenai kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan kumpulan kuda-kuda itu berlari seolah-olah panik.

image is not availableSetakat artikel ini ditulis, tiada sebarang berita yang ditemui mengenai keadaan lelaki tersebut. Harapnya tiada kecederaan yang serius berlaku kepada lelaki itu.

image is not availableBaru belajar hari ini. Rupanya kuda memang takut dengan bunyi bising. Kalau tengok dalam video tu, perarakan kumpulan berkuda tu memang dekat dengan bunyi gendang tarian singa. Mungkin sebab tu dia panik dan lari ketakutan.

image is not availableItulah, nampak juga kuda-kuda polis atau tentera dekat situ. Mungkin memang kuda-kuda tu dah dilatih dengan bunyi bising.

Apa-apa pun kita harap perkara sebegini tak berulang lagi. Cuma itu lah, naluri haiwan ni kadang-kadang kita susah nak ramalkan.

 

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.