'Harap jumpa apa pun keadaan...' Jatuh 3.30 petang, keluarga tahu 6.30 kawan lambat maklum,  bapa tekad redah longkang cari Khairil Izani 

LocalFamily & Parenting
29 Apr 2026 • 4:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Harap jumpa apa pun keadaan...' Jatuh 3.30 petang, keluarga tahu 6.30 kawan lambat maklum,  bapa tekad redah longkang cari Khairil Izani 

SEHINGGA jam 4.50 petang Rabu, seluruh negara tertumpu kepada kehilangan kanak-kanak Tahun Empat, Khairil Izani Khaizalullinordin dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang. Bapanya Khaizalullinordin Nordinberharap agar putera sulungnya itu ditemukan segera.

"Saya redah longkang, ikut laluan air dengan harapan dapat jumpa anak saya walau apa pun keadaannya," luahnya kepada Sinar Harian.

Khaizalullinordin sanggup mempertaruhkan nyawa meredah longkang sejauh lebih 100 meter demi mencari anak sulungnya yang dipercayai dihanyutkan arus deras pada petang Selasa.

Image from: 'Harap jumpa apa pun keadaan...' Jatuh 3.30 petang, keluarga tahu 6.30 kawan lambat maklum,  bapa tekad redah longkang cari Khairil Izani 

Menurutnya, berdasarkan maklumat rakan-rakan Khairil Izani, kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 3.30 petang ketika mangsa bermain di kawasan tersebut.

"Ada longkang dekat kawasan itu yang menjadi tempat budak-budak bermain gelongsor, difahamkan mereka akan turun dan meluncur berulang kali di situ.

"Namun pada hari kejadian, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan air dari kawasan sekitar mengalir deras dan dipercayai terus menghanyutkan anak saya,” katanya.

Lebih memilukan, menurut Khaizalullinordin, dia hanya mengetahui kejadian tersebut kira-kira jam 6.30 petang selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga.

"Saya terus ke lokasi dan tiba sekitar jam 7 malam, tetapi ketika itu masih belum ada operasi mencari dijalankan.

"Saya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis sebelum bersama beberapa rakan memulakan pencarian dengan menyusuri laluan longkang serta lubang-lubang saliran," katanya.

Image from: 'Harap jumpa apa pun keadaan...' Jatuh 3.30 petang, keluarga tahu 6.30 kawan lambat maklum,  bapa tekad redah longkang cari Khairil Izani 

Demi cahaya matanya, dia sendiri tekad turun ke dalam longkang dan meredah aliran air bagi menjejaki laluan.

"Saya tidak fikir apa-apa ketika itu, saya hanya ikut laluan air dengan harapan dapat menemui anak saya," katanya.

Khaizalullinordin turut memaklumkan bahawa kelewatan maklumat daripada rakan-rakan anaknya menyebabkan keluarga hanya mengetahui kejadian tersebut pada waktu yang agak lewat.

"Seorang rakannya datang ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada isteri saya manakala saya berada di tempat kerja.

"Dalam keadaan arus deras, saya terfikir dia mungkin cuba berpaut pada apa sahaja di dalam longkang, tetapi tidak mampu bertahan. Saya reda dan berharap jasad anak saya dapat ditemui secepat mungkin,” ujarnya.

SinarPlus terdahulu berkongsi solat hajat diadakan oleh komuniti setempat agar Khairil Izani ditemui segera selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran padang permainan di sebuah taman perumahan di Lorong Cakera Purnama 12/30, Taman Fasa 3 Puncak Alam.

Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor meluaskan radius pencarian sejauh 5 kilometer.

Sumber: Sinar Harian

 

View Original Article