“Harap Lofa Macam Ni” – Cara Tutup Aurat Neelofa Dibandingkan Dengan Diana Amir

29 Nov 2022 • 2:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Neelofa memuat naik hantaran terbaharu di laman Instagram menyaksikan dirinya bersama Diana Amir.

Menerusi ‘caption’ yang dibuat oleh Neelofa, difahamkan pertemuan antara dia dan Diana adalah untuk program televisyen Next To Neelofa.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet terpukau melihat penghijrahan Diana yang mengenakan purdah serta menutup aurat dengan sempurna.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mengambil peluang mengkritik Neelofa dan membandingkan cara pemakaiannya dengan Diana.

Harap lofa macam ni one day..pakai niqab in a perfect way,” ujar seorang netizen.

Bukan nak berfesyen bagai..pakai warna terang-terang, mekap-mekap, pergi fashion show,” kata seorang lagi netizen.

image is not available

Untuk info, Neelofa sebelum ini pernah ditegur wargamaya selepas menggayakan ‘skirt’ pendek yang mendedahkan bentuk kakinya yang dikatakan tidak sesuai dengan penampilan yang ditunjukkan.

image is not available 1 minggu lalu

"Pak Ustaz Approve Ke?" - Neelofa Pakai 'Skirt' Pendek, Netizen Tegur Nampak Bentuk Kaki