Harapan Bullish XAU/USD Punah, Data PPI Suntik Hawkish Fed

Business & Finance
11 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Harapan Bullish XAU/USD Punah, Data PPI Suntik Hawkish Fed

Harga emas gagal mempertahankan kedudukan $4,400 apabila tekanan jualan kukuh susulan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada jam 9.40 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,325 iaitu naik 0.16% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.

Data Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS yang diterbitkan pada Khamis menunjukkan tekanan inflasi kembali meningkat, sekali gus menguatkan jangkaan pasaran terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.

Pasaran kini menunggu data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang akan diterbitkan lewat Jumaat sebagai petunjuk seterusnya.

PPI AS Melebihi Jangkaan

Menurut data Biro Statistik Buruh (BLS), PPI AS meningkat 5.4% tahun ke tahun pada Ogos, berbanding 4.8% pada bulan sebelumnya yang telah disemak naik daripada 4.7%.

Bacaan tersebut turut mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 5.3%.

Bagi PPI teras pula, bacaan meningkat 4.6% tahun ke tahun, berbanding 4.3% sebelum ini. Secara bulanan, PPI utama meningkat 0.4%, manakala PPI teras naik 0.2%.

Jangkaan Kadar Fed Meningkat

Selepas data PPI diterbitkan, kebarangkalian kenaikan kadar faedah AS minggu depan meningkat kepada sekitar 70%, berbanding 62% sebelum data dikeluarkan berdasarkan CME FedWatch Tool.

Penganalisis pasaran kewangan kanan Capital.com, Kyle Rodda, berkata data PPI menunjukkan terdapat peningkatan dalam tekanan inflasi asas ekonomi AS, dengan sebahagiannya didorong oleh kenaikan kos tenaga.

Kenaikan harga minyak dan ketegangan geopolitik turut menambah kebimbangan terhadap inflasi. Jika tekanan harga berterusan, Fed mempunyai lebih banyak alasan untuk mengekalkan dasar kadar faedah yang tinggi atau menaikkan kadar.

Konflik Iran Jadi Risiko Tambahan

Ketegangan di Timur Tengah turut menjadi perhatian pasaran selepas Iran mendakwa menyerang 10 kapal berhampiran Selat Hormuz pada Rabu, susulan serangan Amerika Syarikat terhadap lima kapal tangki minyak Iran.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut memberi amaran bahawa tindak balas akan dipertingkatkan sekiranya berlaku serangan seterusnya.

Situasi ini meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak global dan boleh memberi tekanan tambahan kepada inflasi.

Intraday Outlook

[chart pair=”xauusd” period=”D1″]

Harga emas kini berdepan tekanan selepas gagal mengekalkan momentum kenaikan. Fokus utama pasaran beralih kepada CPI AS kerana bacaan yang lebih tinggi boleh menguatkan jangkaan kenaikan kadar Fed, sekali gus memberi tekanan kepada emas.

Sebaliknya, CPI yang lebih rendah daripada jangkaan berpotensi mengurangkan jangkaan kenaikan kadar dan memberi ruang kepada emas untuk kembali mengukuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved