HARAPAN Selangor perkukuh gerak kerja hadapi cabaran semasa

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

HARAPAN Selangor perkukuh gerak kerja hadapi cabaran semasa

SHAH ALAM, 27 SEPT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor mengumumkan pembentukan jawatankuasa sesi 2026-2028 bagi terus memperkukuh kerjasama dan kecemerlangan Kerajaan MADANI Selangor.

Perkara itu antara dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemukiman HARAPAN Selangor 2026 di Geno Hotel di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

Setiausaha HARAPAN Selangor Mohd Kamri Kamaruddin berkata mesyuarat berkenaan turut menjadi ruang penting untuk memperkukuh gerak kerja selain memastikan kestabilan pentadbiran terus menjadi keutamaan.

Menurutnya, pertemuan itu turut membuka ruang kepada perwakilan bertukar pandangan, mempererat kerjasama serta membincangkan hala tuju bagi menghadapi cabaran semasa.

"Antara perkara diusulkan ialah penjajaran kerjasama parti politik di Selangor selain memperkukuh gerak kerja bagi kerusi tumpuan.

Image from: HARAPAN Selangor perkukuh gerak kerja hadapi cabaran semasa
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin ditemui media ketika lawatan ke tapak pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Fasa Dua di Ukay Perdana pada 11 Mei 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

"Mesyuarat turut membincangkan pembentukan jawatankuasa kerja di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, HARAPAN Selangor memberi perhatian kepada usaha menggarap tawaran akan datang kepada rakyat Selangor serta beberapa isu berkaitan pentadbiran.

"Pembentukan jawatankuasa HARAPAN Selangor bagi sesi 2026 hingga 2028 turut diumumkan bagi meneruskan komitmen memperkukuh kerjasama dan kecemerlangan Kerajaan MADANI Selangor," katanya.

Beliau berkata, perwakilan turut merakamkan penghargaan kepada mantan Setiausaha HARAPAN Selangor Dr Mohd Khairudin Othman serta seluruh sekretariat yang menjayakan mesyuarat agung berkenaan.

“Ayuh bergerak ke hadapan dengan agenda lebih peduli tentang rakyat Selangor, memberikan perkhidmatan lebih baik dan memastikan Selangor terus ke hadapan sebagai kesatuan yang kekal erat,” katanya.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAKATAN HARAPAN SELANGOR SESI 2026/2028

PENGERUSI TETAP ZULFADZLEE SHAH SHAHARUDDIN (AMANAH)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP QURATULAIN ATIQAH NORZAHIRUL ANUAR (DAP)

PENGERUSI DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI (KEADILAN)

TIMBALAN PENGERUSI 1 NG SZE HAN (DAP)

TIMBALAN PENGERUSI 2 DATO’ IR IZHAM HASHIM (AMANAH)

NAIB PENGERUSI 1 DATUK BORHAN AMAN SHAH (KEADILAN)

NAIB PENGERUSI 2 GANABATIRAU A/L VERAMAN (DAP)

NAIB PENGERUSI 3 AZLI YUSOF (AMANAH)

SETIAUSAHA MOHD KAMRI KAMARUDDIN (KEADILAN)

PEN S/USAHA 1 YEO BEE YIN (DAP)

PEN S/USAHA 2 AR KAMARUL HISHAM YEOP HASHIM (AMANAH)

BENDAHARI JAMALIAH JAMALUDDIN (DAP)

KETUA PENERANGAN ABBAS SALIMI CHE ADZMI@AZMI (AMANAH)

KETUA PILIHANRAYA DR YAAKOB SAPARI (KEADILAN)

KETUA PEMUDA NEGERI LEE WEN BIN (DAP)

KETUA WANITA NEGERI RAWIYAH ZAKARIA (AMANAH)

PENGARAH STRATEGIK DR MOHD KHAIRUDIN OTHMAN (KEADILAN)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved