Harapan SUKMA 2026 terhenti, pesilat Pahang maut kemalangan di LPT

11 Sep 2025 • 12:49 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pahang menzahirkan dukacita atas pemergian pesilat berbakat, Muhammad Adha Isqandar Mohammad Haydir yang maut dalam kemalangan di Kilometer 204.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuala Lumpur, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat arena silat Pahang.

Sementara itu, Setiausaha Agung PESAKA Pahang, Datuk Osman Nok berkata, arwah berpotensi besar untuk meraih pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 namun impian itu tidak kesampaian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah memaklumkan kemalangan berlaku jam 11.30 malam membabitkan sebuah Ford Ranger yang diletakkan di lorong kecemasan dan motosikal ditunggang Muhammad Adha bersama seorang pembonceng.

Akibat perlanggaran itu, Muhammad Adha maut di tempat kejadian manakala pembonceng, Nur Syukrina Adawiyah Mat Saidi, 19, cedera parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved