
![]() |
HOLLYWOOD, Fla., 6 Ogos 2026 /PRNewswire/ — Hard Rock Cafe dan Coca-Cola hari ini melancarkan pertandingan muzik Hard Rock Rising. Pertandingan yang merangkumi 34 negara dan 64 cawangan Hard Rock Cafe ini menawarkan pentas pemangkin kerjaya buat artis-artis baharu.
Selama lebih lima dekad, pentas Hard Rock Cafe telah menyaksikan persembahan daripada artis yang sedang menempa nama serta legenda muzik. Coca-Cola pula telah membina platform global untuk ahli muzik menerusi Coke Studio L.A. Live. Kini, kedua-dua jenama berkenaan menggabungkan tenaga bagi membantu penyanyi-penulis lagu, kumpulan muzik, dan DJ melangkah lebih jauh dalam kerjaya seni mereka.
Hard Rock Rising bakal menampilkan siri persembahan di cawangan Cafe yang mengambil bahagian. Undian peminat tempatan akan menentukan kemajuan artis dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. Pasukan Coke Studio kemudiannya akan memilih seorang pemenang hadiah utama yang bakal membawa pulang pakej sesi rakaman, wang tunai $10,000, peluang membuat persembahan di Hard Rock Orlando, dan pelbagai ganjaran lain.
Penyertaan kini dibuka sehingga 18 Ogos, manakala peringkat pertandingan secara langsung akan berlangsung pada 2, 9, 16, dan 23 September. Pemenang peringkat global bakal diumumkan pada 5 Oktober.
"Hard Rock Cafe sentiasa menyatukan orang ramai menerusi kuasa muzik melalui persembahan residensi artis tempatan, acara mikrofon terbuka, pertandingan ‘Battle of the Bands’, serta koleksi memorabilia budaya pop," kata Eric Martino, Presiden Hard Rock Cafe dan Peruncitan di Hard Rock International. "Hard Rock Rising merupakan kesinambungan berterusan daripada misi berkenaan untuk memperkasa bakat baharu menyampaikan karya asal mereka. Bersama-sama Coca-Cola, kami berbangga dapat menyediakan platform untuk para pemuzik menonjolkan bakat, diperdengarkan, dan diraikan di komuniti mereka, serta di peringkat antarabangsa bagi pemenang utama."
Penerbit eksekutif berstatus berbilang platinum serta pencalonan GRAMMY dan Juno, Rob Rettberg, mengetuai pasukan Coke Studio.
"Kerjasama ini memanfaatkan jangkauan luas dan pentas ikonik Hard Rock, di samping keupayaan kepakaran kepengarangan Coke Studio untuk melahirkan generasi baharu penggiat seni rakaman," kata Rettberg.
Pertandingan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian Hard Rock Rising, merangkumi menu tawaran terhad dengan koktel berasaskan produk Coca-Cola, serta barangan eksklusif yang boleh didapati di Rock Shops® dan shop.hardrock.com.
Bagi memperluas sambutan muzik dan kebebasan berekspresi di luar pentas, Hard Rock turut bekerjasama dengan Cult of Individuality, jenama pakaian gaya jalanan yang terkenal dengan pengaruh budaya muzik. Menerusi kolaborasi berkenaan, kedua-dua jenama akan melancarkan kemeja-T eksklusif Hard Rock Rising serta koleksi pakaian jenama bersama.
Artis yang bersedia untuk beraksi di atas pentas boleh mengemukakan permohonan sehingga 18 Ogos. Setiap penyertaan mestilah menyertakan dua buah lagu ciptaan asal. Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan, syarat-syarat pertandingan, serta senarai cawangan Cafe yang terlibat, sila layari cafe.hardrock.com/hard-rock-rising.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5018962_MS18962_6
The post Hard Rock Cafe dan Coca-Cola® Anjur Pertandingan Muzik Hard Rock Rising untuk Bakat Baharu appeared first on Utusan Malaysia.




