Harga Ayam Dan Minyak Masak Lebih Murah Berbanding Kerajaan Terdahulu – PM Anwar

1 Apr 2024 • 11:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bekalan telur ayam stabil di bawah Kerajaan Madani

Harga Ayam Dan Minyak Masak Lebih Murah Berbanding Kerajaan Terdahulu – PM Anwar. Harga semasa barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil berbanding di bawah kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, beliau berkata, masih terdapat pihak yang mengkritik kerajaan Madani seolah-olah tidak melakukan apa-apa untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

image is not available
Harga Ayam Dan Minyak Masak Lebih Murah Berbanding Kerajaan Terdahulu – PM Anwar. Sumber: Malaysiakini

Harga ayam dan minyak masak jauh lebih murah berbanding dahulu

“Jangan lupa pada 2021 dan 2022 harga ayam RM13 (sekilogram), sekarang jauh lebih rendah, antara RM9 hingga RM9.50 sekilogram.

“Pembangkang menganggap kita lupa, ketika mereka memerintah (mentadbir kerajaan), harga minyak masak 5 kilogram adalah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Untuk telur ayam, ada ketikanya tiada telur langsung. Sekarang, Alhamdulillah, (bekalan) stabil,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian semasa berucap di Majlis Bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Baca juga artikel terkini: