Harga Nothing Phone (2) Kini RM2799 – CMF Neckband Pro Dan Buds Turut Boleh Dibeli

TechnologyDigital
1 Apr 2024 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (2) adalah peranti mercu yang menarik. Nothing OS merupakan sistem operasi yang bagus, sistem lampu Glyph turut bukan lagi gimik dan sempena Hari Raya yang semakin menghampiri akhirnya peranti ini dijual pada harga lebih murah.

image is not available

Untuk model 12GB RAM + 512GB dari hara jualan kini ialah RM2799 berbanding RM3499 sebelum ini. Bukan itu sahaja, Nothing Ear (2) dan CMF Watch Pro turut ditawarkan pada harga baharu RM399 (harga asal RM499) dan RM299 (harga asal RM339). Promosi bagi ketiga-tiga produk ini akan tamat pada 14 April.

image is not available

Kemudian jika anda menantikan dua lagi produk audio mampu milik Nothing, CMF By Nothing akhirnya membawa masuk Neckband Pro dan Buds asas mereka ke pasaran tempatan. CMF Neckband Pro berharga RM189 dan CMF Buds pula RM199. Harga ini dikatakan hanya untuk promosi jualan kali pertama di Lazada dan Shopee yang akan berlangsung pada 4 April tidak lama lagi.