Harga banglo Sajat terus menjunam, berbulan dilelong tiada pembida

20 Jul 2024 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Harga banglo Sajat terus menjunam apabila kini hanya dilelong dengan nilai RM4.21 juta sahaja daripada RM4.68 juta sebelum ini.

Harga banglo jatuh lagi

Menerusi posting yang dibuat oleh seorang ejen hartanah di kenali sebagai Ishaq Marazi di Facebook, ketiadaan pembida yang mahu membeli banglo tersebut menjadi faktor mengapa berlaku kejatuhan nilai terhadap kediaman mewah berkenaan.

image is not available

Harga banglo Sajat terus menjunam, dilelong kurang daripada separuh harga asal

Difahamkan, sebelum berhijrah ke Australia, usahawan, Nursajat telah menjual banglo berkenaan dengan harga lebih daripada RM9 juta.

Namun telah dilelong dengan harga separuh daripada nilai tersebut dan bidaan telah dibuka sejak 13 Mei 2024.

image is not available

Harga banglo Sajat terus menjunam, tiada pembida lagi

Walau bagaimanapun, kediaman yang mempunyai dua tingkat dan terletak di Selangor Polo & Country Club Seksyen 10 Petaling Jaya itu masih belum ada yang membida sehingga nilai ditawarkan diturunkan lagi.

Difahamkan, kediaman berkenaan berada di bahagian sudut kawasan perumahan dengan keluasan tanah sebanyak 11, 093 persegi dan mempunyai enam bilik tidur serta 7 bilik air.

image is not available

Tambah ejen hartanah itu lagi, lelongan kembali dibuka dengan harga baru tersebut pada 2 September 2024 nanti dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubunginya.

image is not available

Sekadar info, banglo berkenaan sebelum ini merupakan milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebelum dijual kepada Muhammad Sajat Kamaruz Zaman pada 2017.

Sumber: Facebook Ishaq Marazi

View Original Article