
Pelawak Bell Ngasri menjelaskan dirinya tidak pernah meletakkan harga tinggi selepas memenangi anugerah baru-baru ini.
Namun, akui Bell, 43, terdapat sedikit peningkatan harga bayaran di luar kawalannya.
Mungkin (harga) up sikit tapi bukan saya yang up kan. Dia orang sendiri yang up kan. Contohnya program tv pun tak semesti saya yang naikkan harga sebab sudah menang anugerah.
“Tapi harga yang diberikan sehingga saya tanya secara bergurau kenapa dulu tidak beri harga begini dan tidak ada bajet walaupun ada bajet kan?
Tetapi saya tidak kisah pun dan sebenarnya kerja dalam industri sudah lama dan yang kerja dengan saya semua sudah biasa dengan saya.
“Mereka tahu kerja saya dan menghargai hasilnya. Saya tidak letakkan harga dan jika mereka hargai saya dan tahu bagaimana saya kerja, apa salahnya (hargai).Ini perjalanan seni hidup saya dan mungkin sampai masa dapat harga macam kni,” katanya.
Bell berkata demikian ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk minyak wangi jenama Sky di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tak terfikir jadi duta wangian


